JellyPages.com

PENGENALAN PRA SEKOLAH


PENDIDIKAN PRA SEKOLAH
PENGENALAN


Program Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang ' flexible ' dan tadak formal yang boleh dijalankan dalam jangkamasa satu tahun atau lebih. Program ini menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. 

Program pendidikan prasekolah melengkapkan kanak-kanak dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peringkat ini merupakan asas bagi pemupukan, pembinaan dan penyuburan perkembangan kanak-kanak selanjutnya. Oleh yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini sangat memerlukan pendedahan kepada pendidikan awal yang sesuai. 

Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal melalui bermain sambil belajar. Program ini menekankan kepada aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin untuk menyediakan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


MATLAMAT
 

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH ADALAH UNTUK MENYUBURKAN POTENSI KANAK-KANAK DALAM SEMUA ASPEK PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN DIRI SECARA MENYELURUH, SEIMBANG DAN BERSEPADU


OBJEKTIF

Objektif am pendidikan prasekolah adalah untuk memboleh kanak-kanak :
  • Mempunyai semangat sayangkan negara
  • Mengamalkan nilai Islam dalam kehidupan harian ( khusus untuk kanak-kanak beragama Islam )
  • Mengamalkan nilai murni
  • Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Mengembangkan kemahiran menggunakan bahasa yang baik untuk berkomunikasi
  • Mengembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul
  • Membentuk konsep diri yang positif, memupuk semangat bergaul, hormat-menghormati, berkerjasama dan menghargai hak dan kebolehan orang lain
  • Mengembangkan perasaan ingin tahu
  • Mengembangkan daya estetika dan daya kreatif


KONSEP & PRINSIP
    Ciri-ciri kanak-kanak
    • Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun pada umumnya berada di peringkat perkembangan kognitif praoperasi.
    • Kanak-kanak perlu menguasi penggunaan otot besar dan otot kecil. Di samping itu, mereka perlu mengkordinasikan pergerakan anggota mtata dan tangan.
    • Kanak-kanak sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka selalu cergas dan cenderung untuk berkomunikasi.
    • Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan kasih sayang untuk memupuk perasaan yakin diri.
    • Kanak-kanak di peringkat ini adalah unik dan mempunyai perbezaan yang nyata di antara satu sama lain

    Alam Persekitaran
    • Alam persekitaran kanak-kanak prasekolah yang merangkumi alam sekeliling pusat pra sekolah dan rumahtangga merupakan faktor utama untuk memupuk dan mendorong perkembangan kanak-kanak yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang.
    • Pengaruh dan peranan ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat serta sumbangan mereka sangat diperlukan semasa kanak-kanak membesar.
    • Alam persekitanan kanak-kanak di rumah dan di puast prasekolah seharusnya mencabar dan boleh menggayakan pengalaman mereka.
    • Alam persekitaran kanak-kanak harus selamat, selesa, riang dan penuh dengan kasih sayang.

    Prinsip Pembelajaran
    • Latar belakang kanak-kanak yang berbesa perlu diambilkira oleh guru.
    • Perbezaan individu dari segi masa yang sesuai untuk belajar daan kadar kemampuan bagi memperoleh ilmu pengetahuan hendaklah diambilkira.
    • Semua deria kanak-kanak hendaklah digunakan supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan.
    • Pembelajaran melalui pengalaman yang digunakan bahan maujud hendaklah diutamakan.
    • Bermain sambil belajar dalam suasana riang adalah diutamakan.
    • Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu.
    • Peranan guru untuk merangsang imaginasi, kreativiti dan inisiatif kanak-kanak adalah sangat diperlukan.
    • Interaksi yang mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan alam persekitaran hendaklah diutamakan.

    Aktiviti Yang Terancang
  • Semua aktiviti prasekolah hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan perkembangan kanak-kanak.
  • Aktiviti hendaklah dihunungkaitkan di antara satu sama lain supaya kanak-kanak mendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh.
  • Prinsip mudahubah perlu ditekankan dalam semua aktiviti.
WARGA PRASEKOLAH SK FELDA KUMAI PRESENTATION PRASEKOLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
PRASEKOLAH SK FELDA KUMAI